AllBestEssays.com - All Best Essays, Term Papers and Book Report
Search

The Importance of Unity in Malaysia (malay)

Essay by   •  August 17, 2016  •  Essay  •  282 Words (2 Pages)  •  1,299 Views

Essay Preview: The Importance of Unity in Malaysia (malay)

Report this essay
Page 1 of 2

[pic 1]

[pic 2]


[pic 3][pic 4]

[pic 5]

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.  Industri  pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.  Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

...

...

Download as:   txt (2.5 Kb)   pdf (232 Kb)   docx (1 Mb)  
Continue for 1 more page »
Only available on AllBestEssays.com
Citation Generator

(2016, 08). The Importance of Unity in Malaysia (malay). AllBestEssays.com. Retrieved 08, 2016, from https://www.allbestessays.com/essay/The-Importance-of-Unity-in-Malaysia-malay/63154.html

"The Importance of Unity in Malaysia (malay)" AllBestEssays.com. 08 2016. 2016. 08 2016 <https://www.allbestessays.com/essay/The-Importance-of-Unity-in-Malaysia-malay/63154.html>.

"The Importance of Unity in Malaysia (malay)." AllBestEssays.com. AllBestEssays.com, 08 2016. Web. 08 2016. <https://www.allbestessays.com/essay/The-Importance-of-Unity-in-Malaysia-malay/63154.html>.

"The Importance of Unity in Malaysia (malay)." AllBestEssays.com. 08, 2016. Accessed 08, 2016. https://www.allbestessays.com/essay/The-Importance-of-Unity-in-Malaysia-malay/63154.html.