AllBestEssays.com - All Best Essays, Term Papers and Book Report
Search

Pendahuluan Case (malay)

Essay by   •  October 26, 2011  •  Essay  •  306 Words (2 Pages)  •  1,560 Views

Essay Preview: Pendahuluan Case (malay)

Report this essay
Page 1 of 2

PENDAHULUAN

Jika kita merujuk balik sejarah negara kita, masyarakat Cina dan India yang dibawa masuk ke tanah melayu oleh pihak British, telah menjadikan negara kita, Malaysia dilahirkan sebagai sebuah masyarakat yang majmuk. Negara kita adalah berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya. Secara tidak langsung, Malaysia telah dijadikan sebuah negara yang unik jika berbanding dengan negara lain. Walaubagaimanapun, sebaliknya, kemajmukan masyarakat juga merupakan salah satu cabaran utama kepada pembangunan negara kita. Kemajmukan telah menuntut keharmonian kehidupan sesama sendiri yang boleh menjamin persefahaman, saling menghormati, saling membantu, Kerangka Malaysia sebagai negara majmuk dengan beberapa prisinp rukun negara iaitu, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan Negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan untuk rakyat Malaysia telah disediakan untuk menjelang kelahiran Malaysia sebagai negara yang bebas dijajah oleh penjajah.

Bagi masyarakat yang majmuk, dialog merupakan salah satu elemen yang penting untuk rakyat Malaysia supaya hidup bersama. Malang tidak berbau, dalam era globalisasi dan modernisasi yang serba pasca ini, tradisi dialog antara agama belum berakar umbi di negara kita. 1Yang lebih menyedihkan, ramai orang masih tidak jelas dengan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan dialog antara agama. Mereka tidak ada ketekunan untuk mempromosikan dialog ini dan tidak berdaya upaya untuk mewujudkan suasana yang baik serta aman untuk berdialog. 1Dalam konteks yang lebih besar, hal ini juga telah menjelaskan bahawa sebahagian besar masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama, masih lagi jauh dari meraikan mesej ini. Hal ini juga boleh dikatakan dengan kegiatan dialog antara agama masih dianggap suatu perkara yang baru dalam negara kita. Bagi masyarakat umat islam, konteks ini masih lagi dianggap asing. Semangat dan kemahuan yang berkobar-kobar dalam kalangan masyarakat akan dicabar oleh ketidaksediaan anggota masyarakat untuk memahami konteks ini. Hal ini telah menyebabkan perjalanan ini yang agak panjang dan susah memerlukan kesabaran, dengan manusia yang sudah terlalu biasa bertengkar atas alasan agama.

...

...

Download as:   txt (2.2 Kb)   pdf (52.4 Kb)   docx (9.2 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on AllBestEssays.com
Citation Generator

(2011, 10). Pendahuluan Case (malay). AllBestEssays.com. Retrieved 10, 2011, from https://www.allbestessays.com/essay/Pendahuluan-Case-malay/12850.html

"Pendahuluan Case (malay)" AllBestEssays.com. 10 2011. 2011. 10 2011 <https://www.allbestessays.com/essay/Pendahuluan-Case-malay/12850.html>.

"Pendahuluan Case (malay)." AllBestEssays.com. AllBestEssays.com, 10 2011. Web. 10 2011. <https://www.allbestessays.com/essay/Pendahuluan-Case-malay/12850.html>.

"Pendahuluan Case (malay)." AllBestEssays.com. 10, 2011. Accessed 10, 2011. https://www.allbestessays.com/essay/Pendahuluan-Case-malay/12850.html.